Friday, October 4, 2013

20 Terkaya (Billionaires Malaysia)



Majalah perniagaan Malaysian Business terbitan bulan ini mendedahkan lima nama baru tersenarai dalam senarai hartawan Malaysia menjadikan jumlah bilionire di negara ini meningkat kepada 27 orang semuanya.
Daripada jumlah itu, hanya tiga adalah Bumiputera, lapor majalah itu.
Menurut majalah itu, kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara.
Melalui analisa yang dilakukan, jumlah kekayaan yang dikumpulkan mereka pada 21 Januari tahun ini ialah RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.
Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.
Senarai Bumiputera yang dimaksudkan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.
Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.?Senarai Bumiputera yang dimaksudkan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.
Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.
Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd – Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.
Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilai RM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong – Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.

Petikan dipetik dari : http://saifulamargroup.blogspot.com/2011_02_01_archive.html

No comments:

Post a Comment