Berkongsi Pengalaman
Ketika berkongsi
pengalamannya, Wan Mohammad Sani berkata, beliau sendiri tidak pernah terlintas
untuk berada di tahap sekarang biarpun memiliki impian menjadi ahli perniagaan
sejak remaja lagi.
Sewaktu mengimbau
semula sejarah perniagaanya, beliau kata, hasrat untuk memiliki perniagaan bas
timbul selepas sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu 20 tahun
lalu.
“Saya sebenarnya
memulakan perniagaan melalui naluri sendiri, tidak ada orang suruh, tidak
mendapat pandangan orang lain. Penglibatan dalam bidang ini adalah atas desakan
diri sendiri.
“Saya akui
mempunyai sedikit kelebihan iaitu pandai mencari peluang yang ada saya gunakan
sebaik mungkin, kalau tidak sampai bila pun kita tidak mampu mendapatkannya
lagi,” katanya.
Katanya, pengalaman
menaiki pelbagai perkhidmatan bas mendorong dirinya sendiri untuk member perkhidmatan
bas terbaik suatu hari nanti.
Dengan peluang yang
diberi, beliau mula membuat kajian terperinci, penganalisis dan menstuktur
strategi.
Cabaran
Ditanya mengapa industry
pengangkutan menjadi pertaruhannya, Wan Mohammad Sani berkata, tiada sebab lain
kecuali sektor tersebut begitu mencabar sehingga memerlukan semangat yang kuat
kerana ia bukan mudah, selain risiko juga cukup banyak.
Namun, beliau tidak
menafikan kesukaran yang dilaluinya berbaloi apabila Sani Ekspres kini adalah
peneraju dalam pengangkutan ekspres di Malaysia.
“Apapun pada
Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan Alhamdulillah perjalanan
perniagaan ini lancer, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin
pesat berkembang,” katanya.
Sani membuktikan “jalan”
dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express
menunjukkan prestasi luar biasa.
Daripada seorang
pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di
Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan
belanja mencecah RM 7 juta.
Wisma tiga tingkat
dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi
pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.
Paling menarik,
segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara
langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma
berkenaan.
Menurut Sani,
selain minat, antara factor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu
bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.
“Saya bukan sekolah
tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa
saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah
dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya
jadikan iktibar.
“Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya
buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan
baik,” katanya.
Beliau berkata,
biarpun Sani United Sdn. Bhd. (SUSB) adalah miliknya, tetapi dia masih bekerja seperti makan gaji untuk
memastikan syarikat itu menjadi sebuah syarikat pengangkutan terbesar akan
tercapai suatu hari nanti.
“Saya sedar impian
ini sukar dan saya tidak ada jalan lain kecuali berusaha, berusaha dan
berusaha,” ujarnya.
Perancangan
Wan Mohammad Sani
berkata, dia bukan sahaja berhasrat memiliki 100 buah bas dan meneroka semua
laluan yang ada, tetapi juga mahu memperkenalkan bas-bas berteknologi tinggi di
Malaysia seperti bullet bus hasil
kerjasama dengan sebuah syarikat di Sweeden.
Ia selari dengan
hasratnya – mahu meengubah persepsi bahawa penggunaan bas ekspres bagi
perjalanan jarak jauh adalah lebih menjimatkan dan selamat. “Ia adalah
keutamaam saya sekarang.” Kata beliau.
Petikan dipetik dari :
http://billyinfo.blogspot.com/2011/08/rahsia-kejayaan-pengasas-sani-ekspres.html#axzz2f2H8PRiv
Petikan dipetik dari :
http://billyinfo.blogspot.com/2011/08/rahsia-kejayaan-pengasas-sani-ekspres.html#axzz2f2H8PRiv
No comments:
Post a Comment